24 May, 2010

Ketika Aku Kecil

There's this trend at Twitter #ketikaakukecil started by Ana Raffali. Reading it buat aku gelak pecah perut! Serious funny! And it gives me idea on what to blog.

So, ini adalah sebahagian dari benda benda noty yang aku buat #ketikaakukecil. Enjoy!

1] #ketikaakukecil aku tumbuk anak neighbor sampai patah gigi sebab aku bosan sangat dia asyik asyik main tipu.

2] #ketikaakukecil aku sumbat hidung aku dengan peluru pistol mainan. Aku panik, takut emak marah so aku korek. Tapi makin aku korek, peluru tu makin naik, nak sampai ke mata! Takut punya pasai aku terpaksa bagitau mak aku. Lepas dia buat aku bersin, peluru tu keluar dan aku pon kena la sebat sebab try benda merepek repek.

3] #ketikaakukecil aku ikut emak pi pecah kedai kopi yang bapak selalu lepak sebab emak bosan sangat bapak selalu tak lekat kat rumah. Emak pecah kedai tu pakai bata. Ye, emak aku memang brutal!

4] #ketikaakukecil aku tahan beca belakang dan suruh apek beca tu follow beca mak aku. Aku buat tu sebab mak aku nak pi klinik dan dia tak kasik aku ikut. Sungguh macam drama. Baru 5 tahun dah pandai follow follow semua nih. Masa nak bayaq apek tu aku mintak la duit kat emak. Ye lah, manalah budak umoq 5 tahun ada duit dak. Emak tak kasik duit, dia kasik lagi best punya, kasik sebat! Haha..

5] #ketikaakukecil aku pakai uniform sekolah abang aku masa masuk darjah satu. Habih semua orang pelik. Mau tak pelik, masuk sekolah all girls pakai baju budak jantan! Sampai NST siap tangkap gambaq aku pastu buat artikel "First Day In School - 1980". Muka depan lagi!

6] #ketikaakukecil aku penah tiru signature bapak kat report card sebab dapat nombor 20. Tapi takut punya pasai aku padam balik and bagi bapak sign. Bejabulah aku kena marah kan. Tapi tu aku tak sedih sangat. Yang aku sedih tu bila cikgu tak percaya bapak aku yang sign sebab bekas padam tu. Dia kata aku tipu sign sendiri. Buat baik pon kena marah, huh!

7] #ketikaakukecil abang aku suka buli aku. Dia selalu cakap yang aku ni bukan anak betoi bapak ngan emak aku. Dia kata depa jumpa aku kat tong sampah. Dan selalunya aku akan percaya bulat bulat cakap cakap palsu abang aku tu. Huh, sungguh hampeh perangai abang aku tu.

8] #ketikaakukecil aku selalu tuang kelas mengaji Quran sebab pi lepak kat secret port aku bawah rumah. One fine day, bapak found out, jenuh aku kena sebat! Dengan kepala tali pinggang lagi. Adeh, sakit masih ku terasa.

9] #ketikaakukecil aku penah tolak stroller adik aku sampai terbalik. Tapi sampai sekarang kalau orang tanya aku tak ngaku, takut!

10] #ketikaakukecil aku selalu pow duit syiling dalam poket seluar bapak. Aku tau dia tau, tapi dia selalu buat buat tak tau.

11] Emak passed away #ketikaakukecil and I don't actually remember her much (kecuali part part kena sebat). Tapi ada satu benda dia cakap kat aku yang stuck with me till now. "Kalau aku mati, bapak hang mesti kawin lain. Kalau mak tiri hang pukoi hang, hang pukoi ja dia balik ngan penyapu lidi. Kalau bapak hang tanya, kata aku yang suruh!" Tapi aku tak penah la buat camtu kan. (walaupon banyakkkkkkkk kali aku terasa cam nak buat!). Kan aku dah kata, mak aku memang brutal!

12] #ketikaakukecil aku penah kena hambat dengan angsa. Sempat la dia sudu bontot aku. Sakit wei! Angsa jahat!

13] #ketikaakukecil aku suka sangat kartun Smurf. Sampai bertumbuk lah dengan adik aku berebut remote bila clash dengan Ultraman. Dan selalunya aku la yang menang.

14] #ketikaakukecil aku penah shave misai aku (terjumpa shaver bapak) sampai terbelah dua! Haha, gila! Emak bagi aku pakai plaster macam kucing sebelum dia sebat aku cukup cukup!

15] #ketikaakukecil aku penah kena ikat kat tiang dapoq for 7 hours dengan emak sebab aku pecahkan lampu kalimantang yang bapak letak ataih almari. Ni semua sebab abang aku nak sembunyi kereta kecik daripada aku la.

Banyak lagi cerita cerita #ketikaakukecil dulu. Tapi aku rasa 15 cukup kot eh. Sebab cerita cerita #ketikaakukecil ni selalunya berkesudahan dengan aku kena sebat. Nanti orang ingat mak pak aku ni tadak keja lain dok sebat aku ja pulak. Abih, dah noty kan nak buat cemanakan.
notasiku : kalau aku dapat ulang balik hidup aku, sumpah aku nak yang sama, sebab without these experiences, I don't think I will be the same Sam I am today. Emak & Bapak, I miss you much! Semoga abadi di sana.

20 May, 2010

Mari Kita Wish Ramai Ramai!

HAPPY 39th BIRTHDAY B!
Semoga panjang umur, murah rezeki selalu. Semoga sentiasa dirahmati Allah SWT.
We love you, forever and always!

"You're nothing short of my (our) everything"


Through the wind and the rain, through the smoke and the fire
When the fear rises up, when the wave's ever higher
I will lay down my heart, my body, my soul
I will hold on all night and never let go
Ev'ry second I live, that's the promise I make
Baby, that's what I'll give, if that's what it takes
- if that's what it takes ~ celine dion -

notasiku : quote in pix by Elizabeth Barrett Browning and quote in bold by Ralph Block

18 May, 2010

Good Times, Great Friends

I don't normally like to meet people yang I tak pernah jumpa. But I'm glad I made exception on this one. These two people adalah sangat fun, fun, fun to be with! We miss Farah though sebab dia adalah sangat hard worker. Heh. Tapi takpa, next time kita jumpa eh Farah.


I kenal Zeekaa from her blog and have met her few times prior to the dinner. Gila gila and outspoken and I like! The kind of person yang you would like to friends with. Along thought kami related. Haha. Kalau dah anak mami dak? Even Lil D pon cakap we look alike. Heh.


Cuma Along yang I tak pernah jumpak. I kenal dia pon thru Twitter. Ada sedikit keresahan di situ at first. Tapi keresahan itu fade away the moment I saw her di belakang pillar. Haha, she was so shy shy kucing when she saw me. She's so lovely and bubbly this girl, Along. And emotional too. Heh! Saya adalah sangat suka ok adik to have met you. And you too Zeekaa, of course!

Dan saya adalah sangat tak sabar to meet up again. Zeekaa, cepat, round 2 nya bila? Maybe we can go visit Puan Marliza Radzi dan hero kacaknya itu?

notasiku : this proves yang meeting new people taklah menakutkan sangat, kan? and owh, gambarssss aku cilok dari along's, thank yousssss ye along...

06 May, 2010

Random - Ep 11

Owh wow! My last update was 4 months ago! Berdosanya aku, membiarkan blog ni terkontang kanting, private bukak, private bukak.. tapi tak update update jugak.

Hari ni terasa nak update. Tak leh jadik nih, geng blog terbiar pun dah start update balik. Tapi as usual aku tak tau nak update apa. Type, delete, type, delete. Dah sejam camni. So I think I'll go random lah.

One
Last weekend balik Kelantan. Short trip. Balik melawat atok sedara hubby yang kemalangan. Quite bad. Katanya jatuh motor masa balik dari surau lepas Isyak. Looking at the condition aku tak rasa dia jatuh sendiri, mesti ada orang langgar pastu lari. Orang tua dah 80 lebih, how laju can he go. Bukannya dia merempit ke apa kan. Tapi sekarang ni dia tak leh nak cakap, so selagi tulah no one knows the real story. Sedih sebab dia dah tak kenal anak cucu sedara semua. Semoga dia cepat sembuh.

Two
We went back to Kelantan on Friday, memang dah plan lah sebab Lil D sekolah. Tu pun ponteng sekolah hari Jumaat tu. Tapi on Wednesday, abah call pukol 6 pagi cakap makcik hubby meninggal. First I thought atok sedara hubby because of his condition tapi tengok tengok orang lain. I was really sad that Wednesday sebab makcik hubby yang ni aku memang sayang sangat. She accepted me the way I am and dengan dia aku tak yah nak drama drama. Boleh kata dengan semua sedara hubby lah aku tak yah nak pretend pretend. Dia ada asma. Boleh kata selalu lah masuk hospital. And according to abah, she was ok masa abah pi visit dia kat hospital. Tapi she died bukan sebab penyakit asma dia, tapi sebab low blood complication. Sedih. Mek, we miss you. Al fatihah.

Three
Tengah contemplate whether nak delete my facebook account ke tak. Tah, aku bosan dah. Tak tau pasai apa. Dulu celik celik mata dah mengadap komputer, bukak facebook, tengok aktiviti kawan kawan. Especially masa baru baru jumpa all kawan sekolah. Tapi bila dah lama lama, banyak sangat cerita cerita yang tak best keluar, siap ungkit cerita zaman sekolah 20 tahun dulu, aku jadik bosan. The only thing that keep me going pon was Farmville. Tapi lately ni FV pon dah bosan. Bak kata CikPMS, asik asik suruh bina benda. Tensen!

Four
Tengah gila Twitter sekarang ni. Aku ingat lagi masa mula mula aku start tweet. Ya Allah, tak retinya! Aku tak tau nak tweet apa, tak reti nak retweet, tak reti nak baca some of the tweets even! Sampai at one point aku deactivate account aku. Tapi since ada phone canggih ni, tetiba jadik pandai pulak. Heee. Sampai hubby pon bosan. He even asked "is that why you want an iPhone? So u can tweet tak kira masa?". Ish, mana ada... fitnah tu fitnah... heeeee...

Five
Lil D sekarang dah tak berapa little dah. She's only 9 years old tapi tinggi dia macam budak standard 6. Dalam kelas she's the tallest. Even budak lelaki pon kecik dari dia. Dah pandai cakap sekarang. Dah pandai ejek ejek aku mak dia. Tak boleh aku salah skit mesti kena gelak ngan dia. Baru ni punya exam dapat no. 13. 13! Heh, dari no. 1 naik no. 13. Pandai sungguh! Aku suruh baca buku dia boleh jawap kat aku "D tau la Mummy". Heh. Cuba aku menjawap bapak aku macam tu. Mau kena jege bijik mata sampai esok. Haha. Tapi nak marah pon tak leh, sebab aku tengok syllabus diorang pon dah macam budak form 1 punya syllabus!

The other day dia kena ketok ketampi 70 kali sebab tak hafal sifir 7. Then 2 days after that kena lagi 80 kali sebab tak hafal sifir 8. Dia cakap sampai ketaq lutut, nak turun tingkat 3 pon gigil. Haha. Cikgu pon.. memang la nak bagi budak tu pandai, tapi takkan la sampai 70, 80 kali. Aku yang dah tua ni pon boleh tumbang! Tapi aku tak kesah sangat sebab aku nak dia rasa. I want her to have sweet and bitter memories masa sekolah. Takkan semua nak cantik je kan. Bosan.

Aku rasa kena tukaq from Lil D jadi Big D kot. Rasa rasa dia ok tak? Takpa, takpa, satgi dia balik sekolah kita tanya.

Six
Owh, in case aku lupa mention. Or buat buat lupa is more like it. Aku sekarang tengah hebat berexercise. Heh. Aku signed up gym, amik personal trainer and tengah gigih exercise. Haha. Eh kenapa? tak percaya ke? Betol la. Dah sebulan dah. Dah 3 kilo turun. Tapi balik Kelantan baru ni naik balik 2 kilo! Hahaha. I can tahan the exercise tapi yang I cannot tahan tu tak leh makannnnnnn. Semua nak kena small portion. Lunch and dinner kena makan besaq penumbuk ja. Huaaaa. Mana tahannnnnnn. Tapi kan masa tengah exercise tu, ya Allah... macam nak mintak nyawa, mintak nyawa.. (haha teringat Ahmad Nesfu kesukaan bapak). Sungguh! Ya Allah, punyalah sakit lepaih tu, tak leh nak cakap. Tapi takpa, akan ku harungi juaaaaaa. Nak kurus macam dulu punya pasai kannnnnn. So, now that aku dah inform the whole world, I have to make sure la aku turun berat badan kan. Kalau tak buat malu je ye tak? Amik personal trainer bagai tapi badan still gedabak! Aku cakap aku ye, tak cakap pasai orang lain.

Seven
Seven? Ada cerita lagi kah? Dah, dah takdak dah. Lani nak pi lipat baju yang dah membuak buak tu, nak basuh baju, nak masak and nak mandi wangi wangi tunggu laki ngan anak balik. Pendek kata panjang cerita, nak menjalankan tanggungjawab surirumah terdesak sat.

Tak tau lah bila pulak aku nanti update kan. Kalau rajin esok, kalau tak tengoklah bila. Aku rasa kan aku lagi banyak update masa aku kerja dulu compared to now masa aku tak buat apa apa nih. Kenapa eh? Tak tau lah. Busy katanya kan. So, aku chow chin chow dulu lah ye.

notasiku : semoga Tok Su cepat sembuh & al fatihah buat Mek. Mek, we miss you!