Aku sebenarknya sangatlah lemau bab bab tag ni. Sepanjang 3 tahun aku dok blog ni, nilah first time orang tag aku. Tapi disebabkan aku telah ditag oleh
si pengantin baru yang comel lote, aku terpaksala membuang rasa kelemauan aku tu untuk memenuhi rasa ingin tahu si pengantin baru nih.
Dengan berlatarbelakangkan muzik dari iPod Touch aku (ya, aku dah beli, yeay!), aku persembahkan tag aku. (Huh! macam la ada orang yang teruja sangat dengan tag/blog aku kan. Takpa, suka, baca. Tak suka, pandai pandai sendiri la carik pintu ye.)
5 hadiah yang anda IMPIkan; (impian ok)
1] MacBook Air
2] iPhone
3] Duit satu juta
4] BMW 3-series
5] LV bag
Ok, tak payah cakap, aku dah tau. Hanya orang hilang akal saja yang akan bagi hadiah hadiah ni kat aku. Tapi dah nama pon hadiah yang anda impikan kan, so tak salah la aku rasa. Mana la tau sok sok ni aku dah berduit dan mampu nak hadiahkan diri sendiri, aku rasa lagi bernilai makna hadiah tu kan.
Alasan atas pilihan anda itu; (la, perlukan alasan ke?)
1] Ianya adalah kegilaan terbaru aku. Walaupun aku tak pandai, Hubby pandai. Hehee..
2] Ianya sangat sangat COOL ok
3] Ianya dapat menyelesaikan hutang hutang yang menyesakkan dada. Hutang rumah la, hutang kereta la, hutang, hutang, hutang
4] Ianya adalah kereta idaman aku sejak azali lagi
5] Ianya sebab Hubby tak kasik aku beli, jadi makanya kalau ada yang sudi nak bagi apa salahnya kan. Tak cukup tapak tangan, stadium wembley aku tadahkan. Hahaa..
5 impresi terhadap orang yang diminati; (siapa ya?)
1] Seorang yang sangat sabar
2] Seorang yang sentiasa cool setiap waktu, setiap keadaan
3] Seorang yang amat berbakat
4] Seorang yang amat lucu, tapi hanya dengan aku
5] Seorang yang sangat penyayang
Perkara yang paling hebat pernah dilakukannya untuk anda;
Rasanya tak payah la aku cerita kat sini kot. Cuma aku nak cakap, walau apa pon yang dia buat, dia sememangnya AMAT HEBAT bagi aku.
5 ciptaan yang paling disukai; (tidak semestinya melibatkan teknologi yang maju)
1] Handphone; tak boleh aku bayangkan kehidupan aku kalau aku takdak handphone
2] Internet; perlu ke aku ulas? Bayangkan kehidupan korang tanpa blog aku. Hahaa, PERASAN!
3] TV; seperti pengantin comel lote, aku sememangnya hantu TV
4] Kamera; seperti AM juga, bagaimana ya kalau ianya tak tercipta?
5] Komputer; aku bukan seorang yang menghargai kehidupan manual. Sesetengah benda mungkin.
5 perkara yang paling dibenci;
1] Ular; aku sememangnya amat geli dengan ciptaan Allah SWT yang ini
2] Hipokrit; pon rasanya tak perlu la aku ulas panjang panjang kan
3] Bodoh sombong; dahla bodoh, sombong lak tu. Ada yang suka ke?
4] Kaki ampu; oh, aku paling tak tahan spesis yang ini, maaf, aku tak kawan
5] Cakap besar; ni pon aku tak kawan
5 orang yang mahu anda ngetag; (mari kita lihat siapa yang kena..)
1]
pa'chik; weih, buat eh, aku nak tau apa idaman pa'chik
2]
may; aku tau hang busy, tapi boleh kan?
4]
tootsie; aku bagi satu idea tuk entri hang. Buat lepaih balik cuti pon takpa dan souvenir Jakarta aku mana?
5] dan sapa sapa yang rasa nak buat tag ni la.. ok?
Oh ya! Pagi ni Hubby telah membaling sebiji bom yang maha besark dekat aku. Dia nak pindah sebelum 31 May! Maknanya aku dah kena start menyimpan. Arrrgghhh!
Jadinya, aku mungkin tak kan berblog untuk seketika sampai aku pindah. Baca blog orang mungkin tapi masa mungkin akan cemburu dengan aku kalau aku nak blog. Kecuali terjadi sesuatu yang boleh membuatkan aku terasa nak blog sangat, aku blog la, mungkin.
Dengan itu aku sudahi dengan; jaga diri baik baik dan janganla rindu aku sangat ok.. :p
ps; motif blog dalam bahasa melayu dari mula sampai abih? tah? cintailah bahasa kita, yeah!