Friday, December 18, 2009

Finally!

Ok, ok... I know I have not been updating... blog pon dah penoh dengan sawang, ta*k burung, ta*k tikus bagai. It's just that I've been lazy busy. Ye, for real yo!

Gila lama tak update sampai lupa command segala. Tapi tak pa, Insya Allah, I'll be back after new year ni. Lama sangat hiatus pon tak syok gak kan.

In the meantime, Salam Maal Hijrah and Happy New Year to all. Let us all berhijrah to something bigger and meaningful in our life and let us all forgive and forget.

notasiku : lagi 5 hari dah 2010.. ish, ish, where did my 2009 go?


me

Thursday, July 23, 2009

Happy Birthday Me!

In 2 days, I will be 36! Oh my... Rasa macam baru minggu lepaih I celebrated my 35th birthday. Cepat betoi masa berlalu.. Tak sempat nak buat apa apa.. tau tau dah time to sambut another birthday.

Anyway, aku nak wish diri aku sendiri Happy Birthday and semoga aku panjang umur dan murah rezeki selalu.. semoga segala kesilapan dan kekhilafan aku diampun Tuhan.


Nak pinjam kata kata Ayin Emran;

untuk nikmat umur ini,
untuk nikmat nafas ini,
untuk nikmat hidup ini,
untuk nikmat bahagia ini,
untuk nikmat agama ini,

Terima Kasih Tuhan.

notasiku : tinggal lagi 4 tahun, pastu aku 40... errmmm...

me

Tuesday, July 21, 2009

One Nite Only

"The best things in life come in threes; friends, dreams, and memories" -unknown author-


Who would have thought kan, dengan hanya 1 simple status could lead to so much fun!

I felt old suddenly and I wrote it on my facebook and comments yang masuk dari ex schoolmate aku, oh my, bertimpa timpa! It sure does bring back some memories masa sekolah dulu.

Wall aku kat FB dah penoh dengan macam macam kenangan from those days. Best kan. Kalau lah aku boleh pegi balik zaman zaman jahiliah tu, ish. I would not change a thing (well, maybe a few things).

Since we all know that we can never go back so I suggested that we have ladies night to relive the memories. Us only, the girls. Anak, hubby semua tinggai kat rumah. And the sambutan? wah, so menggalakkan!

We're gonna book a bungalow by the beach in Feringghi for 1 nite and going to berhora sampai pagi! How nice is that? Mesti best kan?? I can't wait! And the best part, aku adalah the event planner! Haha..

Ish, I really cannot wait lah. Ada a few friends yang aku tak jumpa since we left school, ada yang since we got married. Ada yang jadik cikgu! Cikgu! I cannot believe langsung when I heard. Ye lah, cikgu kat sekolah dulu siap curse us kalau ada from our batch yang jadik cikgu, students akan 100 kali jahat dari kami. Lagilah aku tak leh percaya when I heard that she's teaching Maths! (tak bermaksud nak mengata kawan aku ye, aku dah gelakkan dia semalam when we spoke).

Tak sabark lah! I hope depa pon tak sabark jugak!

notasiku : aku dah terbayang bayang all the fun that we're gonna have!

me

Friday, July 10, 2009

Our Trip Fantastic!


Cantik kan header travel blog aku? Haha, perasan! Done by Mims the Stoodlerist. Suka? Go HERE and go crazy!

notasiku : aku tengah sibuk gila!! mengelupur mode is on rite now. will be back once the craziness is over..

me

Monday, June 15, 2009

Kantoi!

Ingat lagi dak lembaga pendek dan hitam yang aku selalu dok crita? Ok, hari ni aku nak crita satu story yang menginvolvekan aku dengan lembaga ni secara face to face dalam ultimate showdown macam tu lah. Dalam erti kata lain, kantoi!

Masa aku sekolah dulu aku memang notty by nature. Sangat, tapi notty aku tak kacau orang. Because of that, aku ni selalu lah jadik sasaran warden warden kat hostel dulu. Ada saja yang aku buat tak kena kat depa. Nak kena macam mana kan kalau dah benda aku buat tu memang tak boleh buat sebenarknya.

Incidents aku dengan lembaga ni selalunya pasal kain batik aku yang macam nak pi bendang, pasai aku suka melewark malam and macam macam lah.

Ada sekali tu aku pi visit adik angkat aku (hostel life kan glamer adik angkat, kakak angkat ni semua) kat building sebelah. Masa tu weekend so kitorang boleh berhora la sebab takde prep and esok tu tak sekolah. Nak jadik cerita, elok aku sampai building sebelah, lampu pon padam, curfew time. Tapi aku ngan kawan aku Rezza or better known as “Kendon” buat tak tau saja lah. Tetiba aku terasa nak pandang ke block aku, dan masa tu jugak aku terpandang si lembaga ni dok ushar aku baik punya dari depan bilik aku. So aku ngan kendon pon mengelabah lah skit kan tapi still control macho. Adik angkat kat depan nih, mana boleh tunjuk gua gelabah kan. Building kitorang ada dua side tangga so aku cakap kat kendon kalau turun tangga kanan kantoi kita, so we decided to go with the left stairs. Terhegeh hegeh la turun konon nak lari dari pada chief warden aku ni lah, not knowing yang assistant dia, Kak Sofia round and round dah dok tunggu kat ground floor tangga kiri. Apalagi kantoi big time lah.

Lepaih dah ditangkap oleh assistant chief warden, kami dibawak ke muka pengadilan. Eh, ke depan muka chief warden. Kena bebel sedas dua, dia pon sentence us to duduk kat tempat parents dok lepak ngan anak depa bila depa mai melawat. Alah, tempat lepak yang depan hostel tu. Dia kata sebab kami suka sangat melewark, kami tak leh tidork kat bilik, duduk je dekat tempat lepak tu sampai pagi. Gila siot! Memang lah depan hostel, memanglah kawasan hostel tu berfence bagai, tapi dengan anjing dok menyalak bukit, jangan cakap la kat aku yang korang tak takut. Aku yang macho masa tu pon melilau mata tengok kiri kanan. Tapi nasib baiklah aku ada si kendon ni, kalau tak aku kantoi sorang sorang! Masa chief warden tu dok bebel kat kami, dia cakap “huh, kamu dua lagi! Kat mana ada Sham, kat situ mesti ada Rezza.” (tolong baca dalam dialect Kelate ye, aku tak reti nak translate). Nasib baik lah kan.

So duduklah melepak kami dorang sampai ke pagi. Chief warden aku akan keluar check on us every one hour. So maknanya dia pon tak tidork lah jugak.

Tapi kantoi yang aku nak crita ni bukan kantoi ni ye kawan kawan. Ni baru nak memanaskan keadaan. Main story aku ni bukan kantoi bukan big time dah, aku tak tau apa nak kata dah.

Crita dia..

1990. Final year aku, tahun amik SPM. Tahun aku senior yang digeruni dan dikagumi lah kononnya (tapi memang betoi pon masa tu ;P).

Masa tu raya. Abang sulung aku balik kampong lah satu family. So dah nama pon raya kan, berziarah lah kami rumah ke rumah. Pi dah dekat 5 rumah, semua setel, takdak problem. So pi rumah no. 6. Kaki macam nak tercabut dah. Tapi takut nak bising, takut kat abang aku. Ye masa tu takut aku kat abang aku melebihi takut aku pada bapak aku. Toksah tanya pasai apa, aku pon tak tau.

Rumah no. 6, rumah Haris, kawan baik abang aku. Sampai, salam salam, gelak gelak, masuk dalam rumah. Takdak problem. Makan, minum, gelak gelak, still takdak masalah. Akan tatapi, selepas itu…, problem pon datang sekelip mata! Apakah??!!!

Tiba tiba aku terpandang sesuatu yang sangat sangat familiar. Kat mana eh? Kat mana aku penah tengok tudung ni eh? Dan demi pintu ku buka, eh, bukan! Dan demi kepala yang bertudung tu dipaling kearah aku, aku boleh rasa yang darah aku telah disedut habis oleh orang bertudung itu! Dramatiklah pulak. Ya sungguh, memang takdak darah aku rasa kat muka aku masa tu. Sebab semua dah disedut oleh chief warden aku!! Hahaha… tu lah orang kata sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh bedebub ke tanah jua. Kan aku dah cakap ni bukan kantoi big time dah. Ni the ultimate kantoi! Kantoi smackdown! Hahaha…

Macam mana lah si lembaga ni boleh ada kat sini ni?? Aku dah ngelabah siot. Gila, abang yang ditakuti berada dalam satu kawasan dengan chief warden aku!! Aarrghhh!

“Eh, Sham, mu buak gapo kak sini?” Bila keluark saja soklan maut ni, abang aku pon pusing la kepala dia yang dari tadi dok sibuk gelak gelak, minum minum takdak problem kan. Aku masa tu hanya mampu tersengih, kepala dok ligat pikiark jalan keluark. Tapi hari tu Sham, senior macho (konon, hahaha..) yang disegani dan ditakuti telah BUNTU! Ya, buntu kawan kawan. Tak tau nak buat apa.

“Ni abe demo ko?” Aku tak sempat nak jawap, abang aku dah sahut dulu “ye, abang sulong Sham”.

Dengan hanya satu ayat; “saya Ustazah W*n M**a*, chief warden hostel Sham. Saya ni takdak orang lain nak gadoh dah, dengan dia ni saja lah…” maka bermula lah era penceritaan yang telah memakan masa 3 jam! Habih segala aktiviti kenottyan aku dibuka satu persatu! Aku telah ditelanjangi! Di depan abang aku yang ditakuti pulak tu! Kalau depan bapak aku, aku berani jamin aku selamat lagi. Ni tahap tak leh diselamatkan lagi dah. So aku pon dah letih, mangkit dari meja tu pi duduk depan TV. Abang ngan kakak ipark aku dengan seriusnya memberi perhatian 150% pada warden aku. Terus tak melawat rumah sedara dah!

Balik tu aku kena bebel 14 jam! Eh, tak eh, tipu tipu. Tapi 3 jam jugak lah. Dalam bilik one to one dengan abang yang ditakuti. Tapi kan sebenarknya, aku bukan lah kena bebel apa sangat. Sebab tadikan aku cakap, notty aku tak mengacau orang. Cuma abang aku bebel or nasihat as he claimed, jangan main banyak sangat sebab aku kan SPM tahun tu. Kena study, ingat mak, belajar pandai pandai etc lah. Korang imaginelah sendiri nasihat nasihat yang aku leh dapat lam 3 jam tu, aku pon tak berapa nak ingat dah.

Rupe rupenye, si lembaga ni adalah isteri kepada pakcik si Haris tu tadi. Nak jadik cerita kan. Awat la dia mesti kawin ngan pakcik Haris tu, tak leh ka dia pi kawin ngan orang lain! Huwaaaa…..

Sampai sekarang ni kakak ipark aku akan bukak crita ni depan aku ngan hubby. Tapi yang bestnya sekarang ni, aku dah boleh join sekaki gelak sama and tokok tambah lagi crita crita kenottyan aku yang lain lain masa aku kat hostel dulu. Ironi sungguh kan?

notasiku : sekarang aku dah tak takut abang aku, aku respect! gambark kat atas; aku dengan Rezza. sila abaikan muka berminyak aku tu ye..

me

Thursday, June 11, 2009

I Love Your Blog!

CPMS awarded me with this. Rasa malu pulak nak accept. Yelah, blog aku nak berupdate pon 10 tahun sekali kan. Anyway, thank you so much la Zeek oi. By the way, keropok Kelantan and asam Penang dah ada di KL, bila nak mengkopi?

To accept the award I have to give the same to 7 other bloggers yang aku suka ha ha. Eh, actually aku baru teringat, aku penah buat lah. Kat sini.

Rules dia senang ja;

1] The winner can put the award on his/her awesome blog (awesome kah?)

2] Link the person you received the award from

3] Award the same to 7 other blogs

4] Put link of those blogs on yours

5] Leave a message on the blogs of those you've awarded

And now, the list of my current favorite blogs;

Ok, aku rasa tak payah lah aku nak elaborate pasai blog ni kan. Memang blog yang best untuk dibaca. Walaupon aku jarang dah bloghopping skang ni, blog ni still jadik tempat kedua aku visit selepas blog aku yang takdak pekdah tu.


I love Stoodle! Sangat! Skang ni birthday card aku semua hasil tangan Stoodle. Lil D pon suka sangat sampai hari hari nak tengok webpage Stoodle.


Ni pon best. Satu hari mesti at least 2, 3 kali dia update and all her entries memang kelakar. Bukan sampah lah senang cerita. Ada saja idea lawak dia.


Ni anak sedara aku. Dulu she used to blog in friendster. I like reading her activities dengan V girls dia. Tapi I still hate her not so new template. Toot, tukarlah balik.


Ok, she doesn't know who the hell I am. And dia tak payah tau pon. Tapi since tag ni adalah I love your blog tag, aku nak kasik jugak kat dia. Aku suka sangat blog dia. I mean who doesn't. Boleh kata semua blog aku visit mesti link to her page. Glamer gila lah and definitely beauty with brain.


Aku tau her blog thru Marliza Radzi. Blog yang penuh dengan resepi yang sedap sedap dan gambar yang cantik cantik. Aku selalu baca je tapi tak penah tinggai comment. Ari ni aku nak tinggal commentlah, hehehe..


Chika ni pon tak kenai aku. Aku pon sebenarknya tak kenai dia. Cuma kenai melalui blog saja. I like her stories and gaya penulisan dia yang sangat sangat selamba rock. Especially her love story, gilalah. Macho gila hubby dia. And aku sendiri yang malas nak update ni terasa nak buat special entry about me and hubby. Tapi tunggulah, tu cerita sesuai tuk anniversary. Bulan 9 ni cukup 9 tahun kami kahwin. Ish lama tuh. Tak terasa masa berlalu kan. Ok, aku dah terlencong dah, ni semua influence si Chika ni lah, :). Nanti lah senang senang aku karang cerita cinta busuk kami heh.


And last but definitely not the least, CPMS. Dah jadik sahabat mengkopi aku. Aku tau she tagged me, tapi since dah ni I love your blog punya tag tak salah kan kalau aku tag dia balik. Betoi dak? Her blog pon aku akan cari pepagi sebelum buat apa apa. Dah kena candu baru leh buat keja kan. Ok dah. Skang ni nak pi blog depa and leave message

notasiku : sebenarknya aku suka semua blog yang listed dalam blog aku and my favorite hangouts. sumpah! tapi dah tag ni nak 7 saja, nak buat cemana kan. tu pun aku letak 8. hoh, alasan! sebenarknya Anak Mami dah malas nak copy paste, ;P

me

Monday, June 1, 2009

My Heart Bleeds

Pernah tak korang rasa kosong? Macam really empty camtu. I felt it last week and ya Allah, aku rasa torture gila. It affected my mood, aku tak lalu nak makan, aku tak mau cakap ngan orang. Sampaikan nak bercakap ngan Hubby & Lil D pon aku tak nak. Aku jadik sedih tak bersebab, menangis tak tentu pasai and the emptiness in me sangat sangat menyentap perasaan.

Hubby cakap ngan aku pon aku tak layan. Truth be told, aku tak dengar langsung apa dia cakap. I was totally in my own world. Dalam dunia kesedihan yang amat sangat. Aku teringat mak aku, bapak aku, kakak aku and it makes it even harder. Aku macam tak leh nak snap myself back to reality. Betoi betoi melayan perasaan. Kesian hubby kena pujuk aku masa nak tidork and bagi nasihat bagai (bebel was more like it pada aku masa tu). Tu pun aku tidork dalam menangis. Habis basah bantal semua.

I have not fully recovered walaupon aku gelak gelak, sembang ngan orang. I have to act like that kalau tak kesian Hubby. Dia mesti sedih tengok aku sedih. Dari pagi dia dok sms pujuk aku, soh mengaji, soh sembahyang, soh dengark lagu, soh tengok tv. Suruh buat banyak bendalah, so aku takkan pikir benda bukan bukan. Sayang hubby aku.

notasiku : yang baguihnya, ada pulak mood aku nak berblog, hoh!

me

Thursday, May 28, 2009

OK ke tak OK?

Today, I want to blog about my blog.

When I first started, I feel like I have so many things / stories to tell. I updated quite regularly, yelah masa tu tengah seronot kan. Tapi lelama tu I became boring sebab pada aku my life tak lah ceria mana sangat since aku masuk keja kul 9am and finished work at 3, 4am. And plus, I don't blog about my work except for this one particular entry and the infamous nak resign entries. So most of the times, my blog selalunya left bersawang.

I went on hiatus a few times tapi still bloghopping (an activity yang I find less amusing nowadays). Tu pun to selected blogs compared to those days masa aku tengah gila blog. Celik mata je on internet and bloghop. I became malas to blog and even to bloghop. Which brings me to these questions "what is the purpose of me blogging sebenarknya?" and "should I continue blogging?". I don't know the answer exactly tapi part of me nak continue so that nanti nanti Lil D can sit back and relax and baca all the crap yang mak dia dok tulih. The other part of me nak just stop and shut down this blog sebab aku rasa macam takde purpose la pulak blog ni exist.

I tried changing the layouts a few times sampai Hubby pon naik confuse. Tu kononnya nak menaikkan semangat aku untuk blog lah kononnya. Tapi tak jugak naik naik. And I sayang this layout (thanks again Emila!), I tak sampai hati nak tukark (walaupon I have a very strong urge to do so ;D). So cemana?

I think camni lah, kalau dalam masa seminggu ni I still malas nak update, I will just close the blog. And if I feel like blogging again, I'll just create a new one. Ok kot?

Anyway, walaupon aku malas nak blog, aku baru update blog makan angin aku and his blog. Sebelom apa apa, please excuse muka selenge aku yang fatty bom bom itu ye..

notasiku : pic above googled and found here

me